Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Suspek Kes Bunuh Lelaki Tanpa Kepala Ditahan Reman Lagi Seminggu

20 Nov 2015



TELUK INTAN: Suspek kes bunuh seorang lelaki yang ditemui tanpa kepala pada 13 November lalu diarahkan Mahkamah Majistret di sini untuk dilanjutkan tahanan remannya selama tujuh hari.

Sebelum ini suspek yang juga pemandu lori yang berusia 35 tahun itu ditahan reman selama seminggu dan berakhir pada hari ini.

Perintah tersebut dikeluarkan oleh Majistret Syahdatul Kamilah Zakaria pada hari ini bagi membantu siasatan lebih lanjut, demikian memetik mStar.

Terdahulu mayat K. Ganesan, 50, beralamat terakhir di 136, Taman Slim Indah, Slim River ditemui dalam keadaan tanpa kepala di dalam longkang kira-kira 2.10 pagi, 13 November lepas.

Polis menahan suspek di rumah bapanya di Gerik pada hari yang sama dengan menemui sebilah parang panjang kira-kira 0.8 meter dan satu beg silang mengandungi sebilah pisau panjang kira-kira 0.15 meter.

Selain itu, polis menemui satu guni plastik makanan anjing warna merah dan kuning, dan di dalamnya terdapat satu plastik sampah warna hitam mengandungi kepala manusia yang disyaki kepala mangsa. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "