Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pengerusi PKR Sabah Tuntut Penjelasan Izzah Tentang Gambar Kontroversi Bersama Anak Kiram

20 Nov 2015


KOTA KINABALU: Pengerusi PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin mahu mengadakan pertemuan dengan Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar terlebih dahulu untuk mendapatkan penjelasan berkenaan gambar beliau bersama anak perempuan bekas Sultan Sulu.

Lajim juga enggan memberikan sebarang komen awal terhadap insiden itu yang mencetuskan kontroversi di kalangan rakyat, terutama di Sabah yang masih terkesan dengan kejadian pencerobohan Tentera Sulu di Lahad Datu pada Februari 2013.

"Saya akan bercakap dengan Nurul terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan," katanya.

Gambar-gambar Izzah bersama Jacel H. Kiram Hasan, iaitu anak kepada Jamalul Kiram III yang mengarahkan pencerobohan di Lahad Datu mula tersebar di media sosial sejak kebelakangan ini dan mencetuskan persoalan apakah motif di sebalik pertemuan tersebut.

Berang dengan tindakan itu, ada juga pemimpin politik di Sabah mahu larangan terhadap Izzah dikenakan daripada memasuki Sabah. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "