Berkongsi pencapaiannya khatam Al-Quran, jurulatih dan perunding makanan dan kecergasan terkenal, Kevin Zahri menerima ucapan tahniah daripada orang ramai.
Kenapa sekarang baru dapat khatam?
Saya dibesarkan di Jerman di mana memang kurang pendekatan kepada soal belajar baca Al-Quran. Pada usia 13 (tahun 1991) kami sekeluarga pindah ke Malaysia dan barulah mula belajar Bahasa Malaysia dan bermula dengan muqaddam tapi dengan pindahan ke pelbagai sekolah menengah berasrama (di KL, Perak dan Kelantan), usaha untuk Khatam sering terhenti sekerat jalan (bukan tiada usaha). Tanya lah kepada Ustazah Ainon di MRSM PC, yang sering sebut “Kevin, sila baca ayat etc etc etc”.
Selepas SPM, saya terus ke US untuk lanjutkan pelajaran (Mechanical Engineering) dari 1997-2002. Ye lah di situ sebagai orang muda, mungkin kurang usaha untuk fokus kepada matlamat Khatam.
Kembali ke Malaysia pada 2002, ada juga usaha untuk menggaji semula dengan sessi-sessi Ustaz datang ke rumah tapi tidak consistent.
Jadi setelah dirikan rumah-tangga pada 2010 dan of coz kurnia cahayamata, semangat dan fokus untuk lengkapkan journey untuk Khatam buat kali pertama kembali. Kami ditemukan dengan Ustazah Shiela Ezan pada 2011 rasanya dan went “back to basics” dengan bermula dengan muqaddam semula.
Alhamdulillah setelah 4 tahun, semalam saya berjaya untuk khatam Quran buat kali pertama (pada usia 37tahun). Adakah saya berasa malu? Tidak. Bangga? Tak jugak. But saya rasa bersyukur.
Next week? Sessi mengaji akan diteruskan seperti biasa – mungkin dengan tafsir atau baca dari awal semula.
So I am glad to say my #Azam2015 was realised." kongsi Kevin laman sosial Facebooknya.Bertemu Ustazah Sheila Ezan pada 2011, dia memulakan proses tersebut dengan muqaddam.
Kevin memberitahu dia mahu mendalami tafsir pula selepas ini. -Siakapkeli.my
Berikut adalah rakaman pendek dari sessi mengaji pada 18 Nov 2015 untuk melengkapkan khatam Quran buat kali pertama....
Posted by Kevin Zahri on Thursday, November 19, 2015