Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Selepas Cetus Kontroversi, PBT Pulau Pinang Tukar Alat Mainan Berbentuk Babi Kepada Burung

10 Nov 2015



GEORGETOWN: Selepas gambar beberapa buah alat mainan berbentuk babi menjadi kontroversi di laman sosial, pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akhirnya bertindak dengan menukarnya degan permainan berbentuk burung.

Sebelum ini beberapa alat mainan berbentuk babi di Esplanade menimbulkan kekecohan di kalangan ibu bapa dan masyarakat terutamanya di kalangan beragama Islam.

"Mereka yang memasang alat perainan tersebut tidak sensitif kepada umat Islam di negeri ini," demikian menurut Setiausaha Gabungan NGO Pulau Pinang (GNIPP), Ahmad Yakqub Nazri.

Sementara itu Setiausaha MBPP, Ang Aing Thye berkata siasatan terhadap pihak yang bertanggungjawab terhadap projek itu sedang dijalankan dan tidak menolak sebarang tindakan jika didapati bersalah. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "