Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Buaya Ganas Jadi 'Pengawal' Tambahan Untuk Jaga Penjara Pesalah Dadah

10 Nov 2015
No Comment


Jakarta: Pihak Agensi dadah Indonesia dikatakan telah mengusulkan cadangan untung menggunakan khidmat buaya ganas untuk mengawal penjara yang bakal dibina untuk pesalah dadah.

Penjara berkenaan yang bakal dibina di sebuah pulau yang belum didedahkan memerlukan 'pengawal' tambahan ini untuk mengelakkan pesalah cuba melarikan diri kerana haiwan ganas ini tidak boleh di beri rasuah.

Bagaimanapun, cadangan ini hanyalah untuk mengawal pesalah-pesalah dadah yang dipenjara seumur hidup atau yang akan dihukum mati.

Memetik laporan Akhbar Tempo, penjara ini adalah sebuah projek perintis ketua agensi anti dadah Indonesia, Budi Waseso, yang akan mengunjungi seluruh negara bagi mencari buaya ganas.

“Kami akan menempatkan seberapa banyak buaya yang boleh di sekeliling penjara pulau itu. Saya akan mencari buaya jenis paling ganas.

“Penggunaan buaya sebagai pengawal lebih baik bagi menghalang pengedar dadah melarikan diri dari penjara kerana buaya tidak boleh dirasuah,” kata Budi.

Menurut beliau lagi, cadangan ini masih diperingkat kajian dan agensi berkenaan belum menentukan lokasi yang sesuai untuk pembinaannya.

Undang-undang anti dadah Indonesia antara yang terketat di dunia dengan melaksanakan hukuman mati oleh skuad penembak untuk pengedar dadah, termasuk tujuh rakyat asing baru-baru ini.

Namun undang-undang ketat itu digagalkan oleh rasuah dengan kakitangan penjara serta banduan sering ditahan kerana menerima atau memberi rasuah sama ada dalam dalam bentuk dadah atau wang. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "