HOUSTON, Texas — Orang ramai di Houston gempar apabila mereka 'dikunjungi' oleh seekor buaya seberat 363kg dan sepanjang 12 kaki di belakang sebuah pusat membeli belah di sini.
Pemburu buaya, Christi Kroborth dipanggil oleh polis bagi membantu menangkap buaya berusia 50 tahun itu.
Kerana saiznya yang terlalu besar, mereka menamakan buaya itu "Godzilla".
Namun masih tidak jelas bagaimana buaya tersebut boleh menuju ke pusat membeli belah tersebut.
Buaya itu kemudian diangkut menggunakan forklit sebelum dimasukkan ke dalam trak.
Kroborth berkata buaya itu akan dihantar ke pusat perlindungan buaya, Janik Alligators.
"Dia akan menghabiskan sisa hidupnya disana dan akan mempunyai teman wanita dan mempunyai baby dan akan diberi makan setiap hari", kata Kroborth. "Dia akan menjadi buaya yang bahagia". - Siakapkeli.my
Are U crazy haha, soalan last reporter..
BalasPadamIni ko kata besar..Lolong lagi besau..