Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Saya Bukan Pakar Sakit Puan, Saya Hanyalah Seorang Doktor "Houseman", Kata Dr Say

6 Nov 2015
No Comment


Berikutan kontroversi panas yang berlaku baru-baru ini di mana seorang pemanggil wanita yang digelar netizen sebagai 'gedik' yang mahu Dr Shazril menyambut kelahiran anaknya semasa bersiaran di radio Hot.Fm, Dr Shazril telah tampil membuat penjelasan.

"Pertama kalinya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih nasihat dan teguran yang diberikan oleh anda di laman sosial media baru-baru ini.

"Memang saya tidak sangka perjumpaan di Hot FM Isnin lalu akan mencetuskan pelbagai kontroversi dari pelbagai pihak. Walaupun ada komen-komen yang rata-ratanya berbaur kurang enak untuk didengar, buang yang keruh dan ambil yang jernih. Komen itu boleh dijadikan sebagai pengajaran utuk saya memperbaiki diri saya sebagai doktor dan individu. 

"Kesimpulannya, saya hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan saya memohon maaf sekiranya saya ada menyinggungkan mana-mana pihak. 

"And to clear off d air, saya bukanlah seorang doktor pakar sakit puan, saya hanyalah seorang pegawai perubatan siswazah (houseman) yang kini di unit kecemasan," jelasnya dengan tenang.

Rata-rata pengikut Instagaramnya memberi semangat dan memuji dr Shazil atau dikenali sebagai Dr Say kerana tidak cepat melatah sebaliknya dia yang meminta maaf tanpa menyalahkan sesiapa. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "