RM2.6 Billion : Kerajaan Akan Jawab 3 Disember ini - Azalina
KUALA LUMPUR, 5 Nov: Isu dana politik RM2.6 billion akan dijawab oleh kerajaan pada sesi soal jawab pada hari terakhir sesi persidangan Dewan Rakyat penggal ini.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman, persoalan-persoalan yang dibangkitkan berhubung dana tersebut akan dijawab pada hari tersebut.
"Kita akan jawab pada sesi akhir pada 3 Disember ini.
"Peraturan mesyuarat tidak menyatakan jawapan tidak akan diberikan pada hari yang saya soalan itu ditanya, jadi kita akan kumpul kesemua soalan dan jawapan pada satu masa," katanya memetik laporan dari mStar Online.
Menjawab soalan sama ada Najib akan hadir bagi menjawab sendiri soalan itu, Azalina berkata itu bergantung kepada beliau sendiri untuk memutuskannya. - Siakapkeli.my