Program Solat Subuh Berjemaah Akan Dilaksanakan Terhadap Pelajar Di Putrajaya Sebelum Ke Sekolah
Satu program perintis akan dilaksanakan terhadap pelajar-pelajar di Putrajaya, iaitu program solat dan kuliah Subuh di masjid dan surau di parlimen berkenaan sebelum sesi persekolahn harian bermula.
Ujar Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang juga Ahli Parlimen Putrajaya, tujuan program itu diadakan sebagai galakan kepada mereka yang masih muda.
“Ini projek perintis yang akan kita jalankan untuk galakan dari kecil amalan solat Subuh secara berjemaah sebelum keluar (melakukan) aktiviti harian.
“Turut diadakan ialah sesi kuliah dan sarapan pagi disediakan kepada semua murid dan pelajar terlibat,” katanya.
Ujar Tengku Adnan, program itu akan diperluaskan ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur jika ia mendapat sambutan menggalakkan. -Siakapkeli.my