Negara ASEAN Perlu Sokong TPPA, Kata Obama
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dijamin akan memperkukuhkan ekonomi dan tenaga kerja secara strategik, demikian menurut Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.
Sehubungan itu beiau menggesa negara-negara ASEAN menyokong Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) itu.
"TPPA adalah pelaburan jangka panjang dan perkongsian antara komuniti.
"Ia membina kepercayaan antara negara, membangunkan perdagangan dan memperdalamkan kerjasama," katanya ketika menyampaikan ucaptama Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN, hari ini. -Siakapkeli.my