SYDNEY: Gara-gara sering disalah tafsir oleh banyak pihak, seorang lelaki warga Australia terpaksa mendedahkan maklumat peribadinya di laman sosial Facebook.
Nama sebenarnya adalah Phuc Dat Bich, yang mana apabila disebut seolah-olah mirip kepada ayat yang sering digunakan untuk mencarut di dalam Bahasa Inggeris.
Lelaki yang berketurunan Vietnam itu mengakui berdepan dengan detik sukar sepanjang hidupnya apabila ditanya tentang nama sebenarnya.
“Saya dituduh menggunakan nama palsu dan mengelirukan, yang sebabkan saya rasa tersinggung. Apakah kerana asal orang Asia? Apakah kerana itu.
“Setelah akaun (Facebook) saya ditutup beberapa kali dan dipaksa menukar nama kepada nama ‘sebenar’ saya, jadi saya letakkan ia (imej pasport] )i sini.
“Inilah nama saya. Yang jujur, Phuc Dat Bich," demikian memetik tulisannya di laman sosial Facebooknya, sebagaimana dilaporkan Sydney Morning Herald.
Phuc berusia 23 tahun dan bekerja di Bank Nasional Australia.
Dia bertindak memuatnaik maklumat peribadinya di laman Facebook bermula awal tahun ini, namun mula menjadi perhatian banyak pihak dalam beberapa hari ini. -Siakapkeli.my