Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Mereka Nak Belajar Tentang LGBT" - Tun M Sindir Yapeim

21 Nov 2015



KUALA LUMPUR: Susulan kontroversi membabitkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) yang menganjurkan kursus kahwin di Paris, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan rombongan berkenaan 'berminat untuk belajar' tentang isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

"Bila mereka pergi Paris boleh tengok banyak LGBT.

"Mungkin dia nak belajar apa itu LGBT di sana," katanya.

Tun M mengulas program kursus kahwin Yapeim yang menelan belanja hingga RM290,000 sebagaimana yang didedahkan Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) baru-baru ini.

Jumlah itu dikatakan dari dana anak yatim untuk program "Simposium Perdana Paris: Isu Perkahwinan, Kekeluargaan, Keusahawanan dan Pengurusan selama 14 hari pada hujung Disember 2104 dan awal Januari 2015. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "