Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Bakar Diri Sendiri Tanda Protes

17 Nov 2015
No Comment

Mongolia - Seorang pemimpin kesatuan pekerja Mongolia bertindak membakar diri sendiri sebagai tanda protes terhadap penjualan industri perlombongan arang batu negara itu kepada China.

"Kerajaan tidak lagi menyokong syarikat kami, keluarga para pekerja terpaksa berlapar," kata lelaki itu memetik Daily Mail. "Sebab itu saya akan membakar diri sendiri untuk rakyat Mongolia dan anak-anak kita."

Video ngeri kejadian yang berlaku pada 13 November lalu memaparkan lelaki berkenaan membasahkan diri dengan cecair mudah terbakar dan kemudian menyalakan api pada jaketnya.


Lelaki tersebut kemudiannya di bawa National Trauma and Orthopedic Research Center of Mongolia. Dia kini dalam keadaan kritikal dimana 40 peratus badannya  terbakar.

Syarikat lelaki tersebut, Erdenes Tavan Tolgoi - yang mempunyai 39 lombong arang batu di Mongolia - dipaksa membayar bil untuk perbelanjaan perubatan lelaki itu, lapor AKI Press.

Mongolia sedang mempertimbangkan untuk menjual pegangan ekuiti 10 syarikat milik negara, termasuk bahagian daripada lombong Tavan Tolgoi, untuk meningkatkan sokongan pelabur terhadap ekonominya. Pemimpin kesatuan pekerja gusar pekerja-pekerja mereka akan dipecat sekiranya jualan itu diteruskan. - Siakapkeli.my

Link video : DailyMail



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "