Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tebusan Malaysia Dipercayai Telah Dipancung Kumpulan Abu Sayyaf

17 Nov 2015

Kota Kinabalu: Seorang pegawai kanan tentera Filipina mendakwa tebusan Malaysia, Bernard Then dipancung oleh kumpulan pengganas Abu Sayyaf.

Komander Kumpulan Petugas Bersama Sulu Brigadier Genera Alan Arrojada berkata jurutera 39 tahun itu dipancung sekitar jam 4 petang di kubu kuat Abu Sayyaf di Jolo, Filipina.

Arrojado memetik sumber perisikan tentera berkata Then telah dipancung dan dikebumikan dengan segera.

Memetik laporan dari The Star Online, Abu Sayyaf juga akan menyebarkan video kejadian tidak lama lagi.

Sebelum ini, pengurus restoran Ocean King Seafood, yang turut diculik bersama Then dibebaskan setelah kumpulan tersebut dibayar wang pampasan. - Siakapkeli.my

Update :

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Polis Negara, Khalid Ibrahim berkata di Twitternya pihak PDRM masih belum dapat mengesahkan nasib Then.

"Pihak berkuasa Pilipina dilapurkan bertempur dgn pencolek di P Jolo, ptg tadi. @PDRMsia belum dapat sahkan nasib Bernard, rakyat Msia.", kata beliau.

[Berita lanjut menyusul..]
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "