Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ingatkan Sakit Perut Biasa, Rupanya Ada Gunting Tertinggal...

22 Nov 2015




ANKARA: Hanya selepas lima tahun, seorang wanita menyedari sebilah gunting yang digunakan ketika membuat pembedahan suatu ketika dahulu tertinggal di dalam perutnya.

Mangsa, Hanim Ozgul, 67 terkejut dengan situasi itu dan berkata sering merasa sakit di bahagian badan tersebut namun sentiasa ditenangkan oleh doktor bahawa ia sebahagian dari proses penyembuhan akibat pembedahan merawat kanser rahimnya.

“Selama lima tahun kesakitan di bahagian perut dan badan saya semakin teruk.

“Saya kemudiannya pergi ke sebuah lagi hospital untuk membuat pemeriksaan,” katanya.

“Apabila imbasan X-ray dibuat doktor terkejut kerana mendapati ada gunting dalam perut saya.

“Doktor kemudian membuat satu pembedahan untuk mengeluarkan gunting berkenaan,” katanya.

Berang dengan kejadian itu, Hanim bertindak menyaman doktor dan hospital yang dikunjunginya ketika melakukan pembedahan lima tahun dahulu kerana cuai. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "