Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Empat Banduan Hukuman Mati Dapat Perkenan Ringankan Hukuman Daripada Sultan Johor

22 Nov 2015



NUSAJAYA: Empat banduan yang sepatutnya menjalani hukuman mati mendapat perkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar untuk diringankan hukuman kepada penjara seumur hidup.

Ia bersempena Hari Keputeraan Baginda, yang ana dua daripada mereka merupakan banduan yang melakukan kesalahan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala dua lagi melakukan kesalahan mengedar dadah menurut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Dua banduan yang dihukum atas kesalahan membunuh itu sedang menjalani hukuman di Penjara Pokok Sena di Kedah dan di Kluang manakala dua yang dihukum atas kesalahan mengedar dadah sedang menjalani hukuman di Penjara Simpang Renggam," demikian menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim memetik laporan mStar.

Ia hasil mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri Johor yang dipengerusikan Baginda pada 16 November lalu.

Sebanyak 30 kes rayuan dipertimbangkang, termasuk empat kes rayuan hukuman gantung sampai mati dan 26 kes rayuan Kajian Hukuman Empat Tahun Sekali (KHETS).

Sementara 26 kes KHETS itu, Sultan Ibrahim telah menitahkan hukuman ke atas mereka dikekalkan dan antara kesalahan yang dilakukan termasuk samun berkawan dengan menggunakan senjata, memiliki dadah berbahaya, rogol serta sumbang mahram. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "