Alyah Akui Kini Semakin Bahagia Bersama Ramli MS, Mahu Lupakan Kisah Lalu
Penyanyi, Datin Alyah memberitahu kini beliau amat merasai nikmat berumah tangga dan mahu melupakan kontroversi yang membabitkan kisah perkahwinannya dengan suami, Datuk Ramli MS.
Sebelum ini beliau pernah 'berkongsi' masalah rumah tanggannya di laman sosial Instagram, pada Januari lalu dan ternyata mengejutkan banyak pihak.
Kemudian ditambah pula dengan insiden melanggar kereta milik suaminya sendiri yang membuatkan ramai pihak tertanya-tanya apakah yang sebenarnya terjadi dalam kehidupan perkahwinan mereka.
“Apa yang berlaku membuatkan saya dan suami saling memahami. Saya tak menyesal dengan tindakan sendiri kerana sekurang-kurangnya saya belajar sesuatu daripada perkara itu.
“Dalam rumah tangga, setiap masalah yang berlaku bukanlah penamat kepada perhubungan dibina. Mungkin ia ujian dan dugaan daripada Allah yang mahu melihat sejauh mana kita boleh terima atau tidak,” katanya.
Malah ketika mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Ramli, beliau memberitahu tidak meletakkan harapan yang tinggi dalam soal kehidupan berdua.
“Tanggapan saya, apabila seseorang itu bercinta atau berkahwin, perhubungan terbabit pastinya indah saja. Saya membayangkan bagaimana pasangan itu saling mengambil berat, menyayangi antara satu sama lain dan banyak lagi.
“Tetapi apabila berkahwin dengan suami, sikapnya jauh berbeza malah saya jadi terkejut. Kalau dulu saya lebih banyak membuat keputusan sendiri kerana suami tak banyak cakap, tapi sekarang kami lebih kerap berkomunikasi,” katanya.
Namun, selepas dua tahun melayari kehidupan bersama, Alyah mengakui mereka semakin serasi.
“Apa yang ditunjukkan di TV itulah dia jika di rumah. Ada masa dia serius dan begitu juga sebaliknya. Apabila sudah lebih dua tahun berkahwin, kami semakin serasi.
“Paling penting, masing-masing sudah tahu nak kawal dan tangani masalah jika bergaduh,” katanya.
“Saya tak rasa dia nak menguji, sebaliknya saya anggap ini sebahagian daripada warna dan cerita perkahwinan saya. Setiap pasangan ada kisah masing-masing.
“Macam saya sendiri, pada awal perkahwinan bermula hambar dan banyak masalah, tetapi kini saya sudah merasai nikmat pekahwinan itu. Dalam erti kata lain, saya semakin bahagia,” katanya. -Siakapkeli.my
knapa xde org komen??? no komen?? bosan ek? next story Admin..
BalasPadamhehhe.. ok ok.. saya belanja satu komen. k?
BalasPadam