Arul Kanda 'Lagenda Pembahas Malaysia' - Rafizi Ramli
KUALA LUMPUR: Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda disifatkan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli sebagai 'lagenda di kalangan pembahas Malaysia'.
Pernah menulis hal ini menerusi posting di blognya pada 1 September 2010 sebagai penghormatan kepada salah seorang rakannya Adlan Benar Omar atau Ben, Rafizi memberitahu Arul pernah mengetuai pasukan debat yang beberapa kali menang Piala Perdana Menteri pada sekitar 1990-an.
"Dalam era 90-an, PPM dimenangi berulang kali oleh Maktab Tentera Diraja (RMC) yang diterajui oleh seseorang yang bernama Arulkanda Kandasamy," katanya.
"Selepas itu, kami bertemu ketika kami bertiga di UKEC (United Kingdom & Eire Council of Malaysian Students) di UK - dan Arulkanda (lagenda di kalangan pembahas Malaysia) seringkali mengagumi kehandalan Ben berbahas," tulis Rafizi.
Arul juga sebelum ini mengakui menjadi pembahas terbaik keseluruhan dan pembahas paling muda ketika pertandingan debat PPM di Tingkatan Satu.
"Saya adalah pemenang termuda dalam 'International Plain Speaking Award' ketika tingkatan 2, mewakili Malaysia di Australia, dan selebihnya dalam adalah dalam sejarah PPM sehingga tingkatan lima," kata Arul.