Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kes Pukul Wanita : Suspek Utama Direman Lagi 4 Hari Berikutan Kes Pukul 2014

27 Okt 2015


Kota Bharu: Berikutan rakaman video aksi ganas wanita dipukul di Kelantan yang menjadi viral baru-baru ini, suspek utama kejadian direman lagi selama empat hari lagi mulai hari ini berikutan satu kes menceroboh premis untuk mengakibatkan kecederaan yang terjadi pada November tahun lalu.

Perintah reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Amni Mat Jahari di Mahkamah Majistret hari ini dan akan berakhir pada Khamis ini.

Wanita terbabit yang berusia 27 tahun itu sebelum ini ditahan reman selama enam hari berikutan video pergaduhan viral yang disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun keseksaan.

Memetik laporan dari myMetro, suspek tersebut ditahan reman empat hari berikutan satu laporan polis yang dibuat oleh ibu seorang remaja perempuan yang berusia 17 tahun yang mendakwa suspek adalah seorang dari tujuh individu yang memukul anaknya hingga menyebabkan anaknya cedera di bahagian muka dan patah kaki kiri.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan perkara tersebut.

Kita perlu menahan remannya lagi untuk siasatan terhadap kes pada 2014 membabitkan mangsa remaja perempuan.

Mangsa baru-baru ini menghubungi polis selepas mengecam suspek menerusi rakaman video yang tersebar dalam Facebook,” katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "