Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Dia Kena Lempang Depan Kawan Sampaikan Kawannya Pun Menangis" - Bapa

27 Okt 2015
Razali menunjukkan laporan polis yang dibuat.
MELAKA, 27 Okt – Dek kerana memakai minyak wangi, seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah disini ditampar oleh guru kaunselingnya kerana guru terbabit mengesyaki dia menghisap vape dalam kejadian Jumaat lalu.

Kejadian tersebut dikesali oleh bapa pelajar tersebut, Razali Bachik, 50, apabila anaknya diperlakukan sedemikian rupa sekaligus mempersoalkan tindakan dari guru terbabit yang melakukan kekerasan tanpa mengikut prosedur hukuman tatatertib yang betul.

Menurut Razali, dia pada mulanya pelik mengapa anaknya hanya mengurung diri sejak petang dan tidak seperti selalu ke masjid untuk solat Maghrib berjemaah.

 “Saya tanya dia kenapa tak ke masjid.. duduk dalam bilik, lepas tu dia beritahu cikgu lempang dan mengadu telinga dia rasa sakit sangat.

Anak saya beritahu, dia kena lempang depan kawan sampaikan kawannya pun menangis.

Peliklah kenapa tiba-tiba cikgu lempang, anak saya beritahu cikgu ada bau wangi di badan dan dakwa dia hisap rokok elektronik,” katanya memetik laporan Sinar Online.

Razali menambah, anaknya itu mengaku ada memakai minyak wangi yang dibawa oleh rakannya ke sekolah tetapi tidak pernah menghisap rokok.

Razali kemudian membawa anaknya itu ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan kesihatan dan membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap kejadian itu.

Razali juga berkata dia reda anaknya dikenakan tindakan tatatertib jika anaknya itu melakukan kesalahan tetapi perlu mengikut prosedur yang betul.

Saya pertikai kenapa pihak sekolah tidak guna peraturan ditetapkan, hubungi ibu bapa, bukannya menggunakan kekerasan dan sepak anak saya di koridor pejabat guru ni.

Adakah seorang guru kaunseling berperwatakan begitu,” katanya.

Semalam, Razali turut menemui pihak sekolah dan jabatan pendidikan negeri bagi menyelesaikan kejadian tersebut. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "