Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tanggalkan Bateri Dari Vape - MAHB

26 Okt 2015

PUTRAJAYA: Berikutan insiden bateri vape yang tiba-tiba terbakar di dalam pesawat Malindo Air baru-baru ini, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata penumpang yang membawa rokok elektronik perlu menanggalkan bateri dari peranti vape semasa dalam penerbangan.

Kenyataan oleh MAHB itu dibuat di laman Facebook rasmi miliknya.

Menerusi kenyataan tersebut, MAHB berkata buat masa ini peraturan dari Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) tidak membenarkan rokok elektronik didaftarkan sebagai bagasi tetapi membenarkan peranti itu dibawa oleh penumpang ke dalam pesawat.

Susulan insiden terbaharu, Malaysia Airports telah melaksanakan langkah-langkah keselamatan tambahan berkuat kuasa serta merta dan penumpang akan diminta supaya menanggalkan bateri daripada peranti,” tulis kenyataan itu. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "