Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pengurus Akaun Didakwa Keluarkan Wang Berjumlah RM4,500 Dari Akaun Datuk Aliff Syukri

22 Okt 2015


KUALA LUMPUR: Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Ampang hari ini kerana didakwa mengeluarkan sejumlah wang tunai daripada akaun bank milik pengasas syarikat kosmetik D'Herbs, Datuk Aliff Syukri yang bernilai RM4,500 pada Julai lalu.

Tertuduh, Hasliani Hashim yang juga pengurus akaun bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan yang dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali.

Pertuduhan dibaca mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM150,000 atau penjara 10 bulan atau kedua-duanya.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan dan 16 November ini untuk sebutan semula kes. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "