Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Luahan Sayu Seorang Pensyarah KUIN Tentang 'Pemergian' Pelajarnya Selepas Majlis Konvokesyen

22 Okt 2015
One Comment


Semalam kita dikejutkan dengan pemergian seorang pelajar Kolej Universiti Insaniah, Kuala Ketil, Kedah yang meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya.

Beliau terlibat dalam kemalangan jalanraya selepas baru selesai menerima segulung ijazah di majlis konvokesyen KUIN ke-17. yang berlansung semalam.

Jenazah Miti ditutup dengan jubah konvo miliknya

Ramai netizen rasa terharu kerana sebelum pergi beliau sempat menggenggam sekeping ijazah dan ada juga menyatakan terkejut dengan kejadian berkenaan.

Beliau adalah Miti Teomphol atau nama Islamnya Godri yang merupakan seorang pelajar antarabangsa dari Bangkok, Thailand mengambil Kuliah atau bidang Syariah di KUIN, berkelana menuntut ilmu di Malaysia.


Tetapi ada sesuatu yang membuatkan admin betul-betul tersentuh selepas membaca satu luahan daripada seorang pensyarah bahasa Inggeris yang mengajar Miti di mana beliau telah memuatnaik luahannya di laman Facebook.

Beliau yang menggunakan nama Facebook Hisham Abdul menceritakan pengalamannya selama mengajar Miti dan ternyata tulisannya itu begitu menyentuh hati netizen yang lain.

Berikut adalah luahan beliau.


Sebak rasa apabila membaca luahan beliau ini, sapa yang potong bawang petang-petang ni.

Apapun bersama kita doakan semoga roh arwah Miti atau Godri pergi dengan tenang dan ditempat dikalangan orang-orang beriman. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "