Abang Gam Mata Adik Kerana Cemburu
Riyadh: Seorang kanak-kanak yang baru berumur 18 bulan dilaporkan telah meletak gam pada mata adiknya yang berusia 8 bulan kerana cemburu adiknya lebih disayangi.
Kanak-kanak berkenaan dikatakan telah menunggu ibunya tidur sebelum bertindak mengambil sebotol glu dari dalam laci dan memicitnya pada mata adiknya.
Bapanya Atallah Al Anzi berkata, dia percaya anaknya itu bertindak sedemikian kerana cemburu kerana adiknya itu lebih diberikan tumpuan oleh beliau dan isteri.
Atallah memuatnaikkan gambar bayinya itu selepas mata kirinya dipicit dengan glu berkenaan sebelum membawanya ke hospital untuk dirawat.
“Doktor membalut mata anak saya selama lima hari dan memberi keyakinan kepada saya bahawa dia dalam keadan baik dan matanya akan pulih seperti sedia kala,” kata Atallah. - Siakapkeli.my