Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar) Kanak-Kanak Tersepit Ketika Bermain, Diselamatkan Oleh Pihak bomba

22 Okt 2015
No Comment


Seorang kanak-kanak autisme telah berjaya diselamatkan oleh pihak bomba selepas kepalanya dikatakan telah tersepit dipagar rumah ketika bermain-main di kawasan halaman rumah di Bandar Tasik Kesuma, Semenyih.

Dalam kejadian 8.40 pagi tadi, mangsa, Muhammad Izzul Sufi Zulkifli tersepit bahgian kepalanya antara ruang antara pagar tembok rumahnya sebelum diselamatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, mereka menerima satu panggilan daripada orang ramai memaklumkan tentang kejadian tersebut.

Beliau dan beberapa anggota telah bergegas ke lokasi kejadian dan apabila tiba di lokasi kejadian, mereka menemui mangsa tersepit.

"Anggota menggunakan peralatan menyelamat berkuasa tinggi untuk mengeluarkan mangsa.Kemudiannya mangsa diserahkan kepada ahli keluarganya," katanya.

Menurutnya, mangsa dipercayai termasuk ke dalam ruang antara pagar tembok itu ketika bermain bersendirian. - Siakapkeli.my



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "