Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pandangan Seorang Doktor Tentang Pasangan Pelajar Berkahwin Di Usia Muda

27 Okt 2015




Tanpa kita sedar sebenarnya ada di sekeliling kita ini memilih untuk berkahwin pada usia muda atas beberapa sebab.

Lebih-lebih lagi ketika masih bergelar pelajar. Sebelum ini pun kita sendiri membaca dan melihat bagaimana pasangan muda menempuh alam rumah tangga.

Ada yang melemparkan tanggapan bahawa berkahwin muda akan memberi kesan terhadap pelajaran mereka.

Namun ini pandangan daripada seorang doktor pensyarah yang dipetik dari Facebook Prof Dr Muhaya mungkin sedikit sebanyak dapat membuka minda semua pihak. -Siakapkeli

'Oh, sebenarnya saya mahu share sesuatu daripada lecturer yang saya hormati. Dalam kelas tadi , ada seorang sahabat bertanya , "Doktor rasa sesuai tak kahwin muda masa tengah belajar??" .
Jawapan doktor sangat menarik bagi saya. Katanya,

"Kalau saya ada anak perempuan yang minta kahwin masa belajar, akhlaknya bagus, pengurusan dirinya tersusun, hubungan dengan Allah terjaga, maka saya akan kahwinkan dia terus. Lebih-lebih lagi kalau satu kelas atau satu universiti. Tapi, kalau anak perempuan saya yang minta nak kahwin tu, hidupnya dengan TV memanjang, akhlaknya entah ke mana, solatnya di hujung waktu, sudah tentu saya tak bagi".

"Why?" Soal saya dalam hati. Kemudian hati saya menjawab kembali. "Yela, mungkin tak bersedia lagi la tu."

Tapi ternyata jawapan doktor cukup berbeza.



Katanya, "Kalau anak perempuan saya tu akhlak tak jaga, bangun tidur pun lewat dan saya pulak bagi dia kahwin, then what do you expect from her husband? A very good husband ke? Sedangkan janji Allah adalah lelaki yang BAIK adalah untuk perempuan yang BAIK. Anak perempuan saya belum cukup baik, jadi saya bimbang dia bawa balik calon yang juga tidak baik."

Jawapan yang ringkas, tapi amat bermakna buat yang ingin bermuhasabah diri. Saya suka pendekatan Dr Ridhwan.

Antara tips lain yang saya berjaya kaut adalah pesanan doktor pada kami which is, "Lepas ni bila you all kahwin , ada isteri atau suami, then suami atau isteri you all buat masalah atau sakit, benda pertama yang you all kena buat adalah SOLAT TAUBAT.

Sebab ape??
Sebab dosa kita, boleh jadi asbab isteri atau suami atau anak kita jadi nakal, tak dengar cakap orang dan sebagainya."

REFLECTING - That is the concept. So, sebelum kita nak tuduh orang lain salah, better kita tengok diri kita sendiri dulu bagaimana. 



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "