Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Israel Cuba Serang Penduduk Pelestin Maut Digilis

23 Okt 2015
No Comment


Gara-gara mahu menunjukkan ego dengan memegang kayu dan cuba menahan sebuah lori yang dipandu oleh seorang rakyat Palestin, seorang lelaki warga Israel menerima padah apabila dia digilis sehingga mati.

Kejadian berkenaan berlaku di atas sebuah jalan raya di pinggir Hebron apabila lelaki Israel berkenaan dikatakan keluar dari keretanya dengan memegang sebatang kayu untuk menyerang lori berkenaan di Tebing Barat pada Selasa.


Melihat kelibat lelaki Israel berkenaan yang mahu menahan dan memukulnya, pemandu lori tersebut bertindak memandu lorinya dan menggilis lelaki gempal berkenaan.


Selepas menggilis lelaki Israel tersebut, pemandu tersebut telah melarikan diri ke kem pelarian di Hebron untuk menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa kekejaman tentera.

Ketika ini, kemarahan penduduk Palestin semakin memuncak apabila tentera Israel kini menjalankan operasi merampas dan memusnahkan rumah penduduk Islam.

Pada hari sama tentera Israel bertindak menembak mati dengan kejam seorang penduduk Palestin dengan menuduhnya telah menikam seorang lelaki Yahudi sehingga mati pada tahun lalu.

Tentera Yahudi itu turut memusnahkan rumah milik mangsa sehingga menyebabkan penduduk Palestin bangkit menentang kekejaman itu. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "