Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dapat RM2000 Satu Hari Menggemis Di Pasar Malam

23 Okt 2015
No Comment


Kulim: Seorang penggemis warga emas telah mengejutkan pegawai dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), selepas menahannya apabila beliau dikatakan menyimpang kira-kira RM2000 di dalam poket seluar dan beg dalam operasi  di pasar malam Padang Serai, petang kelmarin.

Memetik laporan Harian Metro, wang sebanyak itu dipercayai hasil pendapatan lelaki berusia 78 tahun itu menggemis di pasar malam berkenaan.

Beliau adalah antara lima individu yang berjaya ditahan termasuk dua orang wanita berusia 41 dan 59 tahun orang kurang upaya (OKU) penglihatan kerana disyaki melakukan kegiatan mengemis.

Pegawai JKM Daerah Mohamad Zarir Mohamad Khozali berkata, berdasarkan pemerhatian, mereka mendapati lelaki warga emas tersebut hanya duduk di atas kerusi sambil memegang sebuah bekas plastik untuk memudahkan orang ramai menghulurkan wang kepadanya.

“Dia tidak meminta atau bersuara untuk memohon sumbangan daripada orang ramai.

"Malah bekas plastik itu juga tidak mempunyai maklumat yang dilekatkan seperti kebiasaannya mereka yang mengutip derma dan hanya ada beberapa helai wang kertas pelbagai nilai.

"Selepas ditolak duit tol pagi tadi, dalam poket saya pun cuma ada RM20 je" getus seorang lelaki di sebelah. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "