Jerebu: Ahli Perniagaan Malaysia Ancam Saman Indonesia AS$100 Juta
SUNGAI PETANI: Berang dengan keadaan jerebu yang semakin teruk, seorang ahli perniagaan membuat laporan polis dan mengancam untuk menyaman kerajaan Indonesia hampir setengah juta ringgit.
Laporan polis yang dibuat pada Rabu lalu di Ibu Pejabat Polis Kepala Batas, Pulau Pinang akhirnya menjadi viral di laman sosial.
Ahli perniagaan tersebut, M. Gunasekaran berkata wang saman tersebut, jika dia menang kes itu akan digunakan untuk didermakan kepada pihak-pihak yang memerlukan.
"Jika saya menang kes itu, saya akan derma kepada sekolah-sekolah dan badan kebajikan yang memerlukan.
"Saya serius mengenai laporan yang dibuat kerana jerebu menjejaskan kesihatan anak-anak saya begitu juga orang lain.
"Saya merancang untuk membawa kes ini ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan mahu menuntut AS$100 juta (RM429 juta) dari kerajaan Indonesia," katanya memetik The Star.
Gunasekaran berkata tindakan itu wajar memandangkan semua pihak di negara ini mengalami masalah kesihatan akibat jerebu, apatah lagi kemungkinan ia akan kembali berlaku pada setiap tahun. -Siakapkeli.my