"Siapa Juara AF8" - Soalan 'Unik' Untuk Latihan Tatabahasa Murid Tahun 5
Satu gambar berkenaan soalan dalam buku latihan tatabahasa untuk pelajar Tahun 5 kini giat dikongsikan di laman-laman sosial.
Manakan tidak, salah satu soalan di dalam buku tersebut adalah "Siapakah juara Akademi Fantasia ke 8?"
Sebanyak empat pilihan jawapan diberikan, iaitu (A) Datuk Seri Najib, (B) Encik Baharum, (C) Datin Umi Kalsom dan (D) Shahrir.
Soalan dari buku latihan berkenaan kini menjadi viral di kalangan pengguna media sosial dan menimbulkan tanda tanya apakah motif di sebalik soalan sebegitu. -Siakapkeli.my