Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Khalid Ibrahim Tak Terkejut Kalau PKR Berpecah

8 Okt 2015




Minggu ini bertebaran dakwaan wujud konspirasi mahu menggulingkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail daripada sekumpulan pemimpin parti itu sendiri, sebagaimana yang dibangkitkan oleh bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Baharin atau Chegubard.

Kononnya usaha itu dilakukan menerusi satu petisyen yang ditandatangani oleh 25 pemimpin parti selepas mereka berang dengan keputusan Wan Azizah mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan yang disifatkan sebagai tergesa-gesa.

Konflik dalaman PKR itu menarik perhatian bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan berkata tidak mustahil perpecahan terjadi di dalam PKR kerana parti gagal diuruskan dengan baik.

"Saya tidak berasa hairan sekiranya ada usaha dari ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menubuhkan parti baharu bagi mewujudkan gerakan kuasa ketiga demi mewujudkan suasana politik yg lebih seimbang. 

"Saya pada masa yang sama tidak menghalang mana-mana pihak untuk melaksanakan hak demokrasi mereka seperti termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Saya percaya usaha pihak-pihak terbabit akibat dari kegagalan PKR mengurus parti mereka sepertimana yang diwar-warkan sebelum ini. Terlalu banyak aduan ahli parti yang gagal ditangani oleh pimpinan secara adil, Telus dan menyeluruh," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya.

Khalid yang juga bekas pemimpin PKR yang kemudiannya disingkirkan kerana ingkar dengan arahan parti menambah tindakan beberapa pihak dalam Pakatan Harapan baru-baru ini gagal menyediakan ruang yang kondusif dan inklusif.

"Saya lebih suka melihat perkara-perkara ini dari luar dan saya tidak terlibat secara langsung dalam usaha mereka untuk mewujudkan kuasa ketiga ini," katanya. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "