BOSTON - Sebuah pasukan debat daripada penjara New York mengejutkan banyak pihak dan menjadi bualan agensi berita anatrabangsa apabila mereka telah berjaya mengalahkan pasukan debat terbaik dunia daripada Universiti Harvard.
Memetik laporan Fox News, pasukan debat Universiti Harvard yang merupakan juara bertahan untuk pertandingan debat kebangsaan di England dan juara kejohanan debat dunia 2014 lalu tidak berjaya mematahkan hujah-hujah yang diberikan oleh pendebat dari penjara New Tork berkenaan.
Pertandingan berjalan di dewan penjara Eastern New York yang mempunyai kawalan keselamatan tinggi, di mana pasukan debat mahasiswa Harvard, pasukan debat dari Akademi tentera Amarika Syarikat yang berpengkalan di West Point dan pasukan debat dari University of Vermont telah dijemput untuk menyertai pertandingan berkenaan.
Apa yang mengejutkan kesemua pasukan yang dijemput tersebut telah kalah dengan pasukan yang terdiri daripada banduan-banduan ini.
Dalam pertandingan akhir antara Penjara New York dan Harvard, mereka telah diberikan tajuk "anak-anak yang ibu bapanya datang secara haram ke Amerika harus dibenarkan bersekolah di sekolah-sekolah awam" di mana pasukan penjara di tugaskan sebagai penyokong dan Harvard sebagai pembangkang.
Diakhir perlawanan, panel hakim yang terdiri daripada hakim profesional yang berkecuali telah memilih pasukan banduan berkenaan sebagai pemenang. - Siakapkeli.my
ABC Breaking News | Latest News Videos