Jambatan gantung yang diperbuat daripada kaca menjadi bualan ramai di laman sosial bulan lepas dikatakan telah mengalami keretakan semalam menyebabkan keadaan menjadi huru hara apabila pengunjung cuba melarikan diri kerana cemas.
Memetik laporan CNN, jambatan Yuntaishan yang terletak di Hunan, China ini mengalami keretakan pada laluan berbentuk U menyebabkan orang ramai panak kerana takut runtuh.
Menurut seorang pengunjung, ini adalah kali pertama dia datang untuk melihat dan mencuba jambatan yang menjadi bualan ramai itu namu ketika dia berada diatas jambatan tersebut, kelihatan orang ramai menjerit.
"Ketika menghampiri penghujung laluan, saya terdengar satu bunyi yang kuat. Saya mula resah dan panik, saya tunduk ke bawah dan melihat lapisan kaca di bawah jambatan pecah berkecai.
"Saya mula menjerit, 'Ia benar-benar retak. Ia benar-benar retak! 'Kemudian saya berlari menolak orang-orang di depan kerana terkejut melihat kejadian tersebut," katanya.
A glass pane on a new transparent walkway shattered yesterday on 3,540ft high cliff on Yuntai Mountain, Central China pic.twitter.com/i5P53WnikG
— People's Daily,China (@PDChina) October 6, 2015
Susulan kejadian tersebut, pihak berkuasa taman tersebut mengeluarkan satu kenyataan bagi mengesahkan kejadikan tersebut. "Bagi memastikan keselamatan para tetamu, laluan kaca itu ditutup serta-merta," kata pengurus taman itu dalam kenyataan tersebut.
Bagaimanapun tiada sebaran keretakan teruk yang boleh menggugat keselamatan pengunjung kerana laluan jambatan berkenaan dibina dengan tigal lapisan ‘tempered-glass’ yang ditempah khas.
Kini jambatan berkenaan telah ditutup buat sementara waktu untuk kerja baikpulih.
Sebelum ini, dilaporkan kaca yang digunakan untuk membina jambatan tersebut adalah setebal 24 milimeter dan dikatakan 25 kali lebih kuat daripada jenis kaca lain.
Negara China juga dalam perancangan untuk membina satu lagi jambatan gantung kaca di Zhangjiajie Grand Canyon.
Malah, jambatan itu akan menjadi jambatan kaca tertinggi dan terpanjang di dunia dengan kepanjangan lebih 43o meter dan 300 meter tinggi. - Siakapkeli.my