Kredit gambar: Free Malaysia Today
PETALING JAYA: Bekas Preseiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik tampil mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang meminta supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berundur, dan dia menegaskan bersedia mempertahankan dirinya di mahkamah.
"Saya berkata kepada Perdana Menteri, jika anda memilih untuk menyaman saya, saya akan membela diri saya. Dengan penuh rasa rendah hati, saya menerima cabaran anda.
"Saya berharap untuk melihat Perdana Menteri berdiri di kandang saksi, kerana tidak diragukan lagi beliau akan melakukannya jika beliau berkata ia menjejaskan reputasinya," katanya dalam satu kenyataan media Rabu.
"Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa saya tetap mempertahankan apa yang saya telah katakan. Saya tidak akan meminta maaf," katanya dipetik mStar Online.
Liong Sik juga menyatakan yang beliau terkejut apabila menerima surat tuntutan daripada Najib yang menuduhnya beliau membuat fitnah.
Beliau pada Sabtu lalu mengeluarkan kenyataan secara terbuka di mana telah menggesa Pertana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sambil berkata beliau bersetuju dengan gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk Najib meletakkan jawatan.
Sebelum ini sebagai tanda bantahan dan tanda sokongan untuk undi tidak percaya kepada Najib, beliau telah menghadiri demonstrasi Bersih di Perth, Australia.
Sebagai tindak balas, Perdana Menteri menghantar surat tuntutan kepadanya, meminta beliau menarik balik kenyataan dan menbuat permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari berhubung kenyataan Liong Sik berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). - Siakapkeli.my