Kalau Ayah, Mungkin Dah Suruh Bangla Tu Berguling Atas Padang
Raja Report Malaysia yang juga merupakan Presiden Martabat Jalinan Muhibah Malaysia, Abdul Rani Kulup telah tampil mempertahankan tindakan pemilik Range Rover yang memukul pekerja Bangladesh yang menjadi viral di laman sosial baru-baru ini.
Memetik laporan Free Malaysia Today, beliau berkata, tindakan pemilik kenderaan berkenaan adalah betul sebaliknya pekerja Bangladesh dan pemilik pusat cuci kenderaan itu patut dipersalahkan kerana bertindak kurang ajar.
“Nasib baik dia pukul , kalau saya, mungkin saya suruh pekerja berguling atas padang,” katanya elepas membuat laporan polis berhubung kes pukul pekerja Bangladesh itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Selasa.
BACA: (Video) Seorang Lelaki Pukul Seorang Pekerja Warga Bangladesh Sedang Cuci Keretanya
BACA: Pukul Bangla: Pemilik Kereta Tampil Jawab Segala Tuduhan Terhadapnya
Selain itu, Rani juga turut menyalahkan pemilik Car Wash berkenaan kerana tidak menjaga dan melatih pekerja asing supaya menghormati pelanggan.
“Kepada pengurus-pengurus pusat cuci kenderaan, anda patut melatih, mendisiplinkan pekerja-pekerja anda supaya bersopan kepada pelanggan-pelanggan sebab kita lihat di stesyen pam minyak pekerja asing warga Bangladesh sungguh sopan… hati pelanggan sejuk,” katanya.
Rani berkata, masalah pekerja asing biadab turut berlaku di kedai makan dan restoran yang menyebabkan pelanggan marah.
“Bukan salah pelanggan, pekerja yang salah dan pengurus yang tak tahu mengurus pekerja sehingga mereka biadap kepada pelanggan,” katanya terkenal dengan hashtag kipidap. - Siakapkeli.my