Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mahkamah Persekutuan Ketepikan Permohonan Gerakan Untuk Cabar Hudud

20 Okt 2015
No Comment


Mahkamah Persekutuan harini telah menolak permohonan tiga individu dari Parti Gerakan untuk memulakan petisyen bagi mencabar perlaksanaan Enakmen Undang-undang Jenayah Syariah (Hudud) di Kelantan.

Hakim Datuk Zaharah Ibrahim menolak keputusan itu selepas mendapati tiada asas cukup untuk pemohon memulakan tindakan itu. Mereka juga tidak menunjukkan fakta bahawa mereka akan terkesan dengan perlaksanaan enakmen berkenaan.

Dalam penghakimannya, Zaharah berkata, enakmen undang-undang syariah terpakai terhadap mereka yang beragama Islam namun melalui afidavitnya, ketiga-tiga pemohon tidak menunjukkan mereka beragama Islam.

Tiga individu itu adalah Tuan Mat Tuan Wil, Soh Hoon Lee dan Chung Mon Sie.

Mereka selaku pemohon  memfailkan notis usul pada 8 Mei lalu bagi memohon kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk mencabar kesahihan  Kanun Jenayah Syariah (11) Kelantan  1993 (Pindaan 2015) atau lebih dikenali sebagai hudud, di sisi Perlembagaan.

Mereka sebelum ini telah mendakwa Dewan Undangan Negeri Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang bagi menghukum perbuatan jenayah, yang boleh dihukum mengikut undang-undang Persekutuan.

Mereka yang menamakan kerajaan negeri Kelantan sebagai responden dalam notis usul itu mendakwa keputusan Dun meluluskan pindaan itu adalah tidak sah dan batal dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Pada 7 Mei, Mahkamah Tinggi menolak saman pemula mereka untuk mencabar Kanun Jenayah Syariah Kelantan di sisi perlembagaan, yang telah  dipinda dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 19 Mac tahun ini untuk memasukkan undang-undang bagi menghukum perbuatan jenayah seperti curi, rompak dan rogol yang telahpun tersenarai dalam Senarai Undang-undang Persekutuan dan boleh dihukum di bawah undang-undang Persekutuan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "