Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Dakwa Diraba Oleh Seorang Doktor Semasa Buat Pemeriksaan Di Klinik Kerajaan

20 Okt 2015
No Comment


Seorang wanita berumur 29 tahun telah membuat aduan di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah, Klang mendakwa seorang doktor di sebuah klinik kerajaan di Selangor mencabul kehormatannya.

Memetik laporan Malaysiakini, beliau yang hanya mahu dikenali sebagai “Miss T” mendakwa menjadi mangsa doktor lelaki itu pada 8 Oktober lalu ketika mahu mendapatkan rawatan untuk batuk dan sakit kepala.

Menurutnya, ketika sesi rawatan doktor berkenaan berkata dia mahu membuat pemeriksaan pernafasan tetapi tiba-tiba telah meraba-raba buah dadanya ketika berbaju selama beberapa minit.

Dia juga mendakwa doktor tersebut telah mengarahkannya membuka baju, termasuk coli tetapi ditolaknya sebelum doktor itu memasukkan tangan ke dalam baju dan menyentuh payudaranya lagi.

Beliau yang mula rimas dan sangsi telah memberitahu seorang kakitangan klinik selain membuat laporan polis pada hari yang sama.

Bagaimanapun, kata wanita itu, sehingga ke hari ini dia masih belum dipanggil untuk memberikan keterangan.

“Saya mahu pihak berkuasa siasat doktor terbabit supaya perkara yang sama berulang kepada wanita lain,” kata Miss T dalam satu sidang media.


Kenyataan Miss T dalam bahasa Mandarin pada sidang media itu diterjemahkan oleh seorang jurubahasa.

Beliau hadir dengan memakai baju yang sama ketika hari kejadian tetapi menyembunyikan wajah dengan memakai topeng dan topi. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "