Elaun Guru KAFA Selangor Dinaikkan
SHAH ALAM, 30 Okt - Guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) negeri Selangor akan dinaikkan dari RM1,300 kepada RM1,500 menerusi belanjawan 2016 Selangor yang diumumkan hari ini.
Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata kenaikan elaun itu akan melibatkan seeramai 6,900 guru KAFA di negeri tersebut.
Selain itu, kenaikan itu juga melibatkan 150 guru di Kafa Integrasi yang dinaikkan elaunya dari RM800 kepada RM1,500.
Azmin juga berkata kerajaan negeri akan menaikkan elaun Ketua Guru dari RM100 kepada RM150.
“Elaun Penolong Kanan Akademik dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM) dinaikkan sebanyak RM80.
“Kedua-dua kenaikan ini melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM 819,579.60,” katanya memetik laporan dari Sinar Online. - Siakapkeli.my