Banjir : 54 Mangsa Masih di Pusat Pemindahan
Ipoh: Seramai 54 orang mangsa banjir masih lagi ditempatkan di dua pusat pemindahan selepas kampung mereka dinaiki air setinggi 0.1 meter sejak hari lalu akibat dari hujan lebat dan tanah runtuh di kawasan sekitar Pantai Remis.
Menurut Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Pantai Remis, Amir Ahmad, mangsa ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Batu dan Dewan Orang Ramai Kampung Nelayan Sungai Batu Pantai Tin.
"Sebanyak 64 mangsa telah dibenarkan pulang sejak semalam selepas kawasan perumahan mereka selamat diduduki," katanya memetik laporan myMetro.