Bapa Arwah Intan Suraya Minta Hentikan Sebarkan Fitnah Dan Aib Terhadap Keluarga
Balik Pulau: Bapa kepada remaja perempuan yang mati dikelar di rumahnya di Bandar Baru Teluk Kumbar di sini memintak supaya pihak tertentu menghentikan segala fitnah dah spekulasi yang disebarkan.
“Tolong hentikan spekulasi atau fitnah hingga mengaibkan kami sekeluarga,” kata Mawardi Abdul Hak, 36, berkata,bapa kepada Intan Suraya.
Memetik laporan Harian Metro, pelbagai prasangka dan tanggapan buruk telah dilemparkan kepadanya sekeluarga termasuk dakwaan tidak benar hingga menyebabkan mereka malu dan trauma.
Menurutnya lagi, dia amat berharap semua pihak supaya menghormati perasaan mereka kerana pada masa kini masih ebrsedih dengan pemergi Intan dicampur pula dengan kenyataan tidak betul hingga mengaibkan.
“Kami reda dan pasrah dengan ketentuan Allah terhadap apa yang menimpa arwah Intan Suraya dan sentiasa berdoa yang baik-baik untuknya.
“Ramai yang tidak tahu kejadian sebenar dan jika tidak tahu, tidak perlu membuat dakwaan atau spekulasi buruk hingga menimbulkan fitnah menyebabkan kami sekeluarga trauma dan malu,”
katanya ketika menerima kunjungan Timbalan Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, semalam.
Beliau menegaskan, pada masa kini bairlah undang-undang yang menentukan nasib suspek yang melakukan perbuatan kejam berkenaan di mana suspek sudah ditahan polis dan sudah mengaku melakukan perbuatan itu.
Menurutnya, apa yang diharapkan kematian Intan Suraya akan mendapat pembelaan seadil-adilnya dan orang yang bertanggungjawab menerima hukuman sewajarnya. - Siakapkeli.my