United Kingdom - Seorang pembaca berita stesen TV Channel 4, Liam Dutton, dikagumi ramai apabila beliau berjaya menyebut nama sebuah bandar yang mengandungi 58 huruf secara lancar.
Bandar terbabit, “Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysili ogogogoch” merupakan sebuah bandar di Wales, selatan United Kingdom adalah kawasan yang memilik nama terpanjang di Eropah.
Dulton menyebut nama bandar tersebut ketika mengacara segmen ramalan cuaca di Channel 4.
Video Dulton menyebut nama bandar tersebut dirakam dan dimuat naik di Youtube dan mendapat tontonan lebih 200,000 ribu kali dalam tempoh dua hari. - Siakapkeli.my