SHAH ALAM: Hari ini, dikhabarkan Presiden UMNO, Datuk Seri najib Tun Razak bertindak mengadakan perjumpaan khas dengan Biro Politik Umno sebagai persediaan untuk menghadapi
mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada Rabu ini.
Dalam surat jemputan mesyuarat berkenaan yang bertarikah 2 September di mana ia ditandatangani oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang berlangsung jam 9.30 pagi ini di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
Perkara ini juga disahkan oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melalui laman Twitternyan tentang mesyuarat tersebut.
"Meeting this morning (mesyuarat pagi ini)," tulisnya merujuk kepada sebuah posting oleh portal The Malaysia Insider mengenai mesyuarat berkenaan.
Meeting this morning “@tm_insider: Najib..Umno political bureau ahead of Supreme Council
http://t.co/guvs0Az1jM pic.twitter.com/zgSQzgu0L8”
— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) September 6, 2015
Berdasarkan sumber mesyuarat kali ini lebih terarah kepada spekulasi pemecatan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertiup kencang dan kemelut dalaman Umno yang semakin meruncing.
Selain nama Muhyiddin dan Shafie, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir, Datuk Seri Ahmad Said, Datuk Hamidah Osman dan Datuk Jumat Idris dikatakan akan disingkirkan daripada Umno pada mesyuarat Rabu ini.
Sementara itu, sumber dalaman memberitahu The Malaysian Insider, Muhyiddin selaku timbalan presiden dan Shafie sebagai naib presiden juga menerima jemputan tersebut. - Siakapkeli.my