foto : Sinar Online |
Wanita terbabit yang juga seorang usahawan, Wan Nurul Akma Wan Zaidi, 25, berkata dia mengetahui tentang perkara itu setelah dia diberitahu oleh salah seorang individu yang cuba 'bermesra' dengannya.
“Saya sangat terkejut apabila diberitahu mereka memperoleh nombor telefon saya di dalam laman web lucah, sedangkan sebelum ini saya tidak pernah tahu pun laman berkenaan. Mengesyaki perkara ini dilakukan oleh pihak lain, saya terus melaporkannya kepada pihak polis.
“Saya tak sangka ada orang sanggup buat saya macam ini, mungkin mereka benci dengan kejayaan saya dalam perniagaan padahal saya hanya mahu mencari rezeki yang halal untuk bantu keluarga dengan menjual pakaian wanita serta produk kecantikan dan kesihatan secara online,” kata usahawan atas talian itu memetik laporan dari Sinar Online.
Tambah Nurul Akma atau lebih mesra dengan panggilan Yuyu, gangguan-gangguan yang diterima membuatnya amat tertekan sehingga menjejaskan perniagaannya.
Pada masa yang sama Yuyu berharap agar pihak berkuasa memantau laman web tempatan yang 'tidak sihat' supaya perkara yang sama tidak berulang kepada orang lain.
“Saya juga serik untuk memberikan kad nama sewenang-wenangnya kepada orang yang tidak dikenali kerana tidak tahu apa niat mereka,” jelasnya sambil menasihati usahawan atas talian yang lain supaya tidak cepat percaya dengan orang lain dalam apa jua situasi.
Satu laporan polis telah dibuat oleh Yuyu berkenaan perkara tersebut. - Siakapkeli.my