Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Siasatan Kes Bergambar Sambil Rawat Pesakit Selesai, Doktor Bakal Diambil Tindakan

2 Sep 2015

PUTRAJAYA 2 Sept. - Tindakan tatatertib akan dikenakan terhadap seorang doktor wanita yang baru-baru ini gambarnya sedang membuat 'peace' sambil merawat seorang pesakit tersebar dan mendapat kritikan dari orang ramai.

Keputusan itu diambil setelah siasatan terhadap kes yang berlaku di sebuah hospital di Johor Bahru itu selesai.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Subramaniam, doktor yang terlibat kini berdepan dengan hukuman gantung tugas, dipecat ataupun diberi amanran.

Menjelaskan kes, beliau berkata wanita terbabit tidak berselfie sebaliknya gambarnya diambil oleh seorang lelaki doktor yang juga bakal dikenakan tindakan.

Siasatan kita telah selesai. Sekarang kita dalam proses menentukan tindakan ke atas doktor wanita itu dan juga doktor yang mengambil gambar tersebut.


“Saya harap kejadian seperti ini adalah yang terakhir. Kementerian mengutuk tindakan tersebut. Ini sama sekali melanggar etika sebagai seorang doktor. Saya serius dalam perkara ini,” katanya memetik laporan dari Utusan Online. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "