Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kementerian Selesai Siasat Kes Doktor Bergambar Bersama Pesakit, Tindakan Dalam Tempoh Sebulan

2 Sep 2015

Siasatan terhadap seorang doktor yang merakamkan gambar dengan seorang pesakit di bilik bersalin baru-baru ini telah disiapkan, dimana tindakan yang akan diambil kelak akan hanya diketahui dalam tempoh sebulan.

Menurut Menteri Kesihatan. Datuk Seri Dr S. Subramaniam, gambar tersebut bukan 'selfie' sebaliknya dirakamkan oleh salah seorang rakan setugas doktor berkenaan.

Malah individu berkenaan juga tidak terlepas dari tindakan tatatertib.

"Antara hukumannya adalah amaran, penggantungan atau pemecatan.

"Jawatankuasa disiplin kini membincangkan kes itu," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

"Ia bukan gambar selfie. Rakan sekerjanya mengambil gambar itu dan dia juga berdepan tindakan disiplin," katanya memetik mStar.

Tindakan doktor berkenaan yang mengambil gambar bersama pesakit sehingga menampakkan alat sulit di bilik bersalin di salah sebuah hospital kerajaan di Johor Bahru dikecam netizen sebelum ini.

Gambar tersebut menunjukkan sebelah tangan doktor itu berada di dalam kemaluan pesakit, manakala tangan sebelah lagi menunjukkan isyarat 'peace'. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "