Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Rumah Tangga Linda Rafar dan Syed Aiman Bermasalah, Sudah Lafaz Cerai

8 Sep 2015


Agak mengejutkan apabila dikhabarkan rumah tangga pelakon Linda Rafar dan Syed Aiman berantakan, memandangkan tidak ada sebarang gosip mengatakan hubungan mereka bermasalah.

Linda mendakwa suaminya melafazkan cerai pada jam 7 pagi tadi di kediaman mereka dan disaksikan oleh ibu dan anaknya.

Linda kini sedang hamil tiga bulan.

“Dia (Syed) lafazkan cerai disaksikan ibu dan anak saya. Bagaimanapun, selepas itu dia menyesal tetapi pada saya sudah terlambat. Hati saya hancur dan saya kini trauma," katanya memetik Rotikaya.

Bagaimanapun Syed Aiman menafikan rumah tangganya bermasalah dan tidak tahu menahu apakah yang dimuatnaik oleh isterinya itu di laman sosial Instagram.

Linda akan mengesahkan lafaz cerai itu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, esok. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "