Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mahu Bela Nasib Pelarian Syria, Jutawan Mesir Ini Mahu Beli Pulau Untuk Penempatan Mangsa

10 Sep 2015

Simpati dengan nasib yang menimpa ratusan ribu pelarian Syria, seorang jutawan Mesir, Naquib Sawiri menyatakan hasratnya untuk membeli sebuah pulau bagi untuk penempatan mangsa-mangsa.

Beliau sedang mempertimbangkan mana-mana pulau yang bersesuaian di Greece atau Itali.

Hal itu diumumkan Naquib melalui laman mikro Twitter.


Rata-rata pengikutnya menyokong hasrat murni Naquib sebagai usaha membantu pelarian Syria.




Naquib mengesahkan hasratnya itu melalui temubual bersama media antarabangsa AFP.

Dikatakan beliau akan menamakan pulau berkenaan sebagai Aylan, bersempena nama salah seorang mangsa yang merupakan seorang kanak-kanak Syria berusia 3 tahun yang mati lemas bersama ibu dan abangnya selepas bot yang dinaiki mereka karam di perairan Turki. -Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "