Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

DAP Tolak PAS Dalam Pakatan Rakyat 2.0

8 Sep 2015



PAS tidak akan diterima dalam gabungan Pakatan Rakyat 2.0, demikian menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Dakwanya parti Islam itu kini berada di tahap tidak memungkinkan untuk merujuk kembali dengan DAP selepas mengisytiharkannya sebagai musuh.

"Bagaimana kami boleh menyertai pakatan itu bila PAS hendak bertanding menentang kami," soalnya.

Menurut Guan Eng lagi, PAS beranggapan musuh utamanya kini adalah DAP, dan bukan lagi Umno-Barisan Nasional (BN).

Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan sebagai berkata bahawa partinya akan mempertimbangkan keperluan untuk bertanding di kerusi-kerusi DAP pada pilihan raya akan datang.

Guan Eng bagaimanapun bertegas tidak terkejut dengan kenyataan Hadi dan DAP akan menerima cabaran itu. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "