Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Zahid Jamin Tidak Akan Tangkap Muhyiddin, Jangan Percaya Khabar Angin

1 Ogo 2015
No Comment


PUTRAJAYA: Berikutan tersebarnya khabar-khabar angin yang mengatakan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin akan ditangkap kerana mengeluarkan kenyataan mensabitkan Najib dengan 1MDB adalah tidak berasas.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam memberi jaminan tiada sebarang waran tangkap dikeluarkan terhadap Muhyiddin dan beliau menyifatkan tindakan menyebarkan khabar angin itu adalah sebagai 'sampah' kerana tiada kewajarannya bekas Timbalan Perdana Menteri itu ditangkap.

“Saya menerima banyak panggilan daripada mereka yang prihatin bertanya sama ada benar atau tidak bekas timbalan perdana menteri akan ditangkap. Saya memberi jaminan kepada mereka bahawa beliau tidak ditangkap.

“Khabar angin ini benar-benar tidak masuk akal. Saya telah meminta Peguam Negara dan Ketua Polis Negara untuk mengesahkan dakwaan itu, mereka juga menafikannya.

“Saya kemudian menghubungi Tan Sri (Muhyiddin) secara peribadi pada pukul 2 pagi (semalam) untuk memastikan bahawa polis tidak menahan dia dan isterinya,” katanya kepada dipetik laporan The Star.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negari memberi amaran kepada mereka yang menyebarkan khabar angin tersebut akan diburu dan ditangkap kerana menyebarkan khabar angin berniat jahat.

Isu ini menjadi sensasi selepas tersebar sebuah video rakaman rahsia yang dimautnaik kelaman sosial menunjukkan Muhyiddin bersama beberapa orang, termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berbual mengenai isu 1Malaysia Development (1MDB ) di mana menyatakan terdapat sebanyak RM2.6 bilion wang dalam akaun atas nama Najib Razak. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "