Penemuan Serpihan Pesawat Di Pulau Reunion Hampir Selesaikan Misteri MH370 - Aziz Kaprawi
KUALA LUMPUR: Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang lebih setahun lalu nampaknya kini hampir pasti terjawab dengan penemuan serpihan pesawat di Pulau Reunion di Lautan Hindi.
Perkara ini disahkan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Ab Aziz Kaprawi yang bercakap kepada AFP di mana beliau menyatakan bahagian daripada sebuah pesawat jenis Boeing 777.
"Saya percaya kita semakin hampir menyelesaikan misteri MH370. Ini mungkin bukti yang meyakinkan bahawa MH370 terhempas di Lautan Hindi," katanya.
Kehilangan pesawat pada 8 Mac 2014 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur Ke Beijing itu disahkan terputus hubungan berhampiran sempadan negara dengan Vietnam dan usaha mencari pesawat berkenaan diperhebatkan.
"Daripada nombor bahagian badan pesawat itu, sah bahawa daripada pesawat Boeing 777. Ini maklumat daripada MAS. Mereka maklumkan kepada saya," kata Aziz kepada AFP. - Siakapkeli.my